Showing posts with label Travel and Tour. Show all posts
Showing posts with label Travel and Tour. Show all posts

Expose History Jelajah Jordan 10: Siri 2



Misi bersambung.......

Hari keempat 25/1/10
pada jam 7.30 pagi kami check out dari hotel di Amman untuk meneruskan perjalanan ke Aqaba. sebelum sempat sampai ke Aqaba, kami sempat singgah tapak pertempuran peperangan Mu'tah di Mu'tah, Karak. peperangan Mu'tah merupakan peperangan yang menuntut kematian sahabah iaitu:

berlaku pada sekitar tahun 629M ketika di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine seramai 200,000 orang tentera.
Tujuan baginda menghantar tentera Islam kerana sebagai tindak balas atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom.
Ketika itu, baginda melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid ibn Harithahdilantik sebagai ketua panglima, Ja'afar ibn Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah ibn Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban.
Pertempuran berlaku di Karak di mana pada hari ini terletak di dalam negara Jordan. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi terkorban. Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit ibn Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau tidak berkehendak untuk memimpin tentera Islam ketika itu.
Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Selepas perlantikannya, Khalid bertindak dengan menyelamatkan tentera Islamdaripada diasak hebat oleh tentera Rom.
Dengan strategi pertukaran yang dibuat dan susunan tentera secara memanjang ke belakang beserta taktik untuk melakukan keriuhan di barisan belakang, taktik ini berjaya mengelirukan barisan hadapan tentera Byzantine. Hasilnya. Khalid berjaya mengundurkan tentera Islam sedikit demi sedikit tanpa dikejar oleh tentera musuh.
kemudian, Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

 
Medan Perang Mu'tah
seterusnya kami melangkah maju menuju ke maqam tiga tokoh syuhada' di medan peperangan Mu'tah. kami menziarahi maqam Ja'afar bin Abi Thalib dan Zaid bin Harithah yang terletak di dalam masjid yang sama.

 
Maqam Ja'afar bin Abi Thalib, Maqam Zaid bin Harithah

kemudian, tidak jauh dari situ, kami menziarahi maqam Abdullah bin Rawahah. saya diberitahu penjaga maqam bahawa terdapat amalan mengambil berkat (tabarruk) di situ. na'uzubillah....moga-moga kita ambil i'tibar jangan lakukan demikian.

Maqam Abdullah bin Rawahah

kami meninggalkan kenangan di Mu'tah dengan meneruskan perjalanan ke Aqabah. perjalanan dari Mu'tah ke Aqabah mengambil masa dalam 3 jam. Namun, kami dihantui sepanjang perjalanan dengan tiupan ribut pasir yang sangat kuat. bas yang kami naiki hampir terbalik. kami terkandas selama 2 jam di tengah perjalanan akibat deretan lori yang perlu diperiksa sebelum masuk ke Aqaba. kami bertawakal di dalam bas sambil berdoa, moga-moga dipermudahkan perjalanan. Alhamdulilllah, pemandu bas dengan kemahirannya menghimpit ke bahu jalan dan keluar dari kesesakan.
pada jam 8.00 malam kami selamat sampai di Aqaba. dan menginap di hotel berhampiran laut. pada malam itu, kami pun tidak melepaskan peluang menikmati keenakan seafood yang hanya murah di Aqaba.

 
Aqaba

Hari kelima 26/1/10
jam 7.30 kami berkemas dari Aqaba ke Amman sekali lagi. sebelum sempat sampai di Amman, kami menyelusuri suasana pengembaraan sebenar menaiki jip pick up di Wadi Rum. wadi Rum merupakan tempat peperangan antara pihak Rom dengan pihak turkish.

  
Wadi Rom

seterusnya kami meneruskan jelajah ke tempat salah satu daripada tujuh tempat paling ajaib di dunia. kalau di Jordan sudah tentu itu adalah petra. kami menghayati sejarah ketamadunan kaum Nabatien yang ingkar kerasulan nabi Soleh dan perintah Allah SWT. lantas Allah mengazab mereka yang ingkar dengan ribut taufan yang dasyat, sampaikan yang berlindung di celah batu yang mereka ukir kukuh itu turut disedut ribut.

  
Petra

kemudian kami mengakhiri misi hari kelima terus menuju ke Amman untuk misi seterusnya. Di Amman, Kami menginap di sebuah hotel.

Hari keenam 27/1/10
hari ini merupakan hari terakhir penjelajahan. jam 8.00 pagi, kami ceck out dari hotel di Amman. kami meneruskan perjalanan menuju ke Jarash. di Jarash kami melawati kota lama peninggalan kerajaan Rom. di situ terdapat tapak latihan kuda, Taman, Colloseum dan pusat pemerintahan raja Rom yang dikelilingi kubu pertahanan.

 
Qal'ah Jarash

apa yang menarik di Jarash adalah sudu bergoyang apabila diletakkan pada salah satu tiang di Qal'ah Jarash. ini menunjukkan tiang itu juga turut begoyang sebenarnya. jika tidak percaya ujilah sendiri.

sudu ini bergoyang!!!

kemudian kami segera ke Ajlun iaitu kubu pertahanan Salahudin Al-Ayyubi. info seperti dibawah:

This huge fortress was built by Izz al-Din Usama, a commander and nephew of Salah ad-Din al-Ayyubi (Saladin), in AD 1184-1185. The fortress is considered one of the very few built to protect the country against Crusader attacks from Karak in the south and Bisan in the west. From its situation, the fortress dominated a wide stretch of the northern Jordan Valley, controlled the three main passages that led to it (Wadi Kufranjah, Wadi Rajeb and Wadi al-Yabes), and protected the communication routes between south Jordan and Syria. It was built to contain the progress of the Latin Kingdom of Transjordan and as a retort to the castle of Belvoiron the lake of Tiberias. Another major objective of the fortress was to protect the development and control of the iron mines of Ajlun.
The original castle core had four corner towers. Arrow slits were incorporated in the thick walls and it was surrounded by a fosse averaging 16 meters (about 52 feet) in width and 12-15 meters (about 39-49 feet) in depth
 
Qal'ah Ajlun

setelah melawati Ajlun, maka berakhirlah misi Expose History kami pada hari terakhir jelajah Jordan. kami segera kembali ke bumi Irbid dengan membawa kenangan masing-masing. ada yang suka ada yang duka.setiap permulaan pasti ada kesudahan. aku membawa tekad untuk menjadi lebih semangat dalam segala hal kebaikan seperti pejuang-pejuang islam. moga ia memberi seribu makna buat diriku dan semua dalam menempuh kehidupan. wassalamualaikum.....

Expose History Jelajah Jordan 10: Siri 1




Alhamdulillah, syukur....
kalimah yang pertama aku ucap setelah kaki menjejak di bumi Irbid yang dicintai. aku merasa hiba tatkala pengembaraanku sudah berakhir. Namun segala yang aku alami selama itu, pasti ada kesudahan. aku namakan misiku ini "Expose History Jelajah Jordan 10" kerna aku merasakan tempat yang aku pergi itu, tersembunyi sejarah tersendiri. pengisian blog ini mungkin pelik untuk aku berkongsi tentang diriku, tetapi bukan pameran yang aku ingin hamparkan, malah lebih kepada pedoman untuk kalian. aku akan berkongsi serba sedikit pengalaman yang aku rasai sepanjang perjalananku di bumi Jordan. penjelajahanku ini disertai oleh ahli-ahli rombongan di Irbid.

Hari pertama 22/1/10
kami memulakan perjalanan menaiki bas pada jam 8.00 pagi dari Irbid ke Amman. sepanjang perjalanan menuju ke Amman, kami singgah di Ummu Qaiss iaitu bandar lama kerajaan Rumawi yang mana musnah ketamadunannya akibat zilzal ( gempa bumi ). kemudian kami meneruskan lagi perjalanan menuju ke Wadi Aghwar yang mana permukaan tanah di situ adalah yang paling subur di bumi Jordan.
seterusnya kami bergerak menuju ke Maqam Mu'az bin Jabal dan Abdurrahman bin Mu'az bin Jabal di Tha'un 'Amwas . sepanjang perjalanan ke sana, kami telah disekat oleh sekumpulan anggota tentera, hati telah mula berdebar-debar. salah seorang daripada mereka naik ke atas bas, dan meminta memadamkan gambar kepada sesiapa yang menangkap gambar sepanjang perjalanan di lembah Aghwar. permukaan curam sepanjang perjalanan mencemaskan kami, kecuramannya tidak dapat dibayangkan. kami juga telah melintasi sempadan Israel dengan penuh kegelisahan. Alhamdulillah dengan bekalan doa kami, tiada sebarang kecelakaan yang berlaku.
Destinasi seterusnya, kami ke maqam 'Amir bin Abi Waqas. setelah selesai ziarah, kemudian kami segera mencari masjid untuk solat jumaat. kami meneruskan perjalanan menuju ke maqam Syar Habil bin Hasanah iaitu sahabat yang memeluk islam tetapi ditentang oleh ibunya, sampaikan ibunya bermati-matian mogok berjemur diri di tengah padang pasir.
jam 2.07 petang kami bergerak menuju ke maqam Saidina Abu 'Ubaidah Al-Jarrah. kemudian kami menziarahi maqam Dhirar bin Azwar iaitu sahabah yang mahir berpedang di atas kuda. ketika di maqam Dhirar bin Azwar, haruman merbak kasturi menusuk rongga hidung.Subhanallah....begitulah bau haruman para syuhada'.
penjelajahanku berakhir dan segera meneruskan perjalanan ke Amman untuk menginap di sebuah hotel sementara menunggu subuh kembali untuk misi Expose History pada keesokan hari.

Hari kedua 23/1/10
jam 7.30 pagi , kami bertolak dari hotel ke Jabal Nebo di Madaba iaitu tempat nabi Musa . Jabal Nebo telah djaga oleh pihak kristian dan di situ terdapat banyak simbol yang berkaitan dengan kritian.
dari Jabal Nebo, kami menuju ke laut mati. seperti yang kita ma'ruf bahawa laut mati merupakan tempat yang dilaknat Allah. kisah di sebalik laut mati, pada zaman nabi Lut, kaum-kaumnya melakukan hubungan sesama jenis "Homoseksual" dan Allah telah memerintahkan Malaikat untuk menterbalikkan bumi sehingga menjadi hamparan lautan yang tiada kehidupan yang hidup di dalam di atasnya.
kemudian kami bertolak ke maqam nabi Syu'ib dan seterusnya kami menuju ke maqam atau dharih nabi Yusha'.
perjalanan kami pada hari kedua berakhir. kami bergerak ke hotel yang sama di Amman untuk berehat bagi meneruskan perjalanan pada hari ketiga.

Hari ketiga 24/1/10
pada hari ketiga, kami bercadang untuk singgah di Qasr Azraq iaitu istana lama yang dibina ketika pemerintahan sistem beraja pada zaman Mamalik. dikatakan nama Azraq itu bersempena kawasan yang dipenuhi dengan air pada ketika itu. Azraq bermaksud biru yang menunjukkan warna air.
kemudian kami bergerak menuju ke Qasr Amra iaitu tempat mandi (hamam) raja yang penat bermusafir.
dari Qasr Amra, kami menuju ke Qasr Kharana iaitu dikatakan seperti hotel lima bintang pada zaman dahulu. Ia dibina sebagai tempat para musafir beristirehat.kalau ada kesempatan, kalian pergi dan rasailah betapa tersusun dan menarik struktur binaannya.
seterusnya, kami bertolak ke Gua Ashabul Kahfi yang telah diceritakan kisah mereka dalam Alquran dalam surah Kahfi.
dari Ashabul Kahfi kami ke Mudarraj Rum iaitu pusat hiburan kerajaan rum yang berbentuk Colloseum. tidak jauh dari tempat itu, kami seterusnya melihat pemandangan indah seluruh kawasan jordan di Jabal Qal'ah. sangat menakjubkan pemandangan dari pandangan atas.subhanallah....
misi Expose History pada hari ketiga berakhir di Jabal Qal'ah. kami segera pulang ke hotel di Amman menunggu misi seterusnya.

Expose History Jelajah Jordan 10 akan bersambung dalam siri 2........

  
Ummu Qais, Lembah Aghwar, Jabal Nebo

 
Laut Mati, Maqam Nabi Syuib, Maqam Nabi Yusha'

 
Qasr Azraq, Qasr Amra, Qasr Kharana

  
Gua Ashabul Kahfi, Mudarraj Rum, Jabal Qal'ah